Renault Captur Bakal Dilancar Akhir Tahun Ini

KUALA LUMPUR- Pertaruhkan dengan tiga imej berbeza, bergaya, sporty dan versatil, Renault Captur adalah crossover urban pertama Renault. Bakal dilancarkan pada suku keempat (Q4) 2015. Namun sebelum pelancarannya, Renault menerusi TC Euro Cars, telah menampilkan Captur secara eksklusif di Bangsar Shopping Centre mulai 29 Julai sehingga 2 Ogos ini.

 

Tiga model Renault Captur yang diperagakan dalam siri jelajah khas ini telah ‘diterbangkan’ khas dari Jepun. Selepas BCS, Renault Captur ini akan dipamerkan di Renault Glenmarie, Renault Petaling Jaya dan Renault Puchong pada 6 hingga 9 Ogos.

 

Manakala pada 10 hingga 16 Ogos, ia akan dibawa ke Renault Setia Alam, Renault Setapak dan Renault Johor Bahru. Manakala pada 17 hingga 23 Ogos pula, ia akan dipamerkan di Renault Sri Hartamas dan Renault Ipoh. Terakhir, ia akan dipamerkan pada 24 hingga 30 Ogos di Renault Butterworth dan sekali lagi di Renault Petaling Jaya.

 

Menawarkan pemanduan yang menyeronokkan, prestasi, pakej keselamatan komprehensif dan penjimatan bahan api yang efisien. Malah ia menampilkan gaya yang ekspresif umpama sebuah SUV, ruang kabin modular dan luas seperti MPV serta keseronokan pemanduan bak sedan.

 

Dibina dengan platform sama dengan Clio baharu dan di bawah segmen-B, Captur turut menawarkan tahap dinamik yang terbaik. Pengendalian yang jitu dan respons enjin yang memberangsangkan turut menjadi tarikan utamanya.
Renault_Captur_

Didatangkan dengan empat pilihan warna dua tona iaitu oren-hitam, biru-putih, beige-hitam dan putih-hitam. Foto infokereta.com
 

“Captur merupakan penambahan terbaharu dalam rangkaian produk Renault. Ia diinspirasikan dengan tiga kunci utama iaitu ringkas, sensual dan hangat, yang menjadi antara strategi reka bentuk baharu bagi jenama ini di masa hadapan,”kata CEO TC Euro Cars Sdn Bhd, Kuan Kim Luen.

 

Bersaiz 4.12m panjang, 1.77m tinggi dan 1.57m lebar, Renault Captur ini turut menampakkan sisi sporty menerusi rim aloi bersaiz 17-inci, termasuk sudut-sudut, bahagian-bahagian dan garisan yang lebih semulajadi dan sensual.

 

Renault Captur digandingkan dengan enjin 1.5 liter Turbo Control Efficiency atau TCe 120 bersama sistem pengecas turbo. Ia turut dipadankan dengan transmisi Efficient Dual Clutch (EDC) enam-kelajuan yang menawarkan penukaran gear lebih pantas dan lancar.

 

Didatangkan dengan empat pilihan warna dua tona iaitu oren-hitam, biru-putih, beige-hitam dan putih-hitam, Captur dijangka dijual pada harga antara RM118,000 hingga RM123,000. Ia turut ditawarkan dengan waranto pengilangan selama lima tahun tanpa had perbatuan serta selang servis percuma pada setiap 10,000km atau selama 6 bulan (yang mana terlebih dahulu). – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.