Pimpinan Pemuda PAS Lembah Pantai Letak Jawatan

Kecewa dengan krisis yang melanda kepimpinan Pas sekarang menjadi faktor Dewan Pemuda Pas Lembah Pantai lumpuh sepenuhnya mulai hari ini.

 

Ini kerana semua kepimpinan pemuda di kawasan berkenaan mengambil keputusan meletakkan jawatan serta merta.

 

“Keputusan perletakan jawatan ini dibuat setelah mengambilkira faktor perkembangan politik semasa serta kekecewaan kami atas krisis yang melanda kepimpinan tertinggi parti di peringkat pusat dan negeri serta konflik dalaman yang gagal ditangani sebaiknya sehingga kini,” ujar bekas Ketua Dewan Pemudanya, Mohd. Hafiz Habil dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

Bagaimanapun, menurut Mohd. Hafiz, pihaknya terus komited dan bertekad untuk meneruskan agenda perjuangan kebajikan rakyat berteraskan prinsip Islam khususnya untuk rakyat di kawasan Parlimen Lembah Pantai.

 

Sementara itu, mereka juga tidak memaklumkan sama ada bakal menyertai Gerakan Harapan Baru atau tidak dan memerlukan masa untuk menentukan haluan politik masing-masing.

 

“Pihak kami juga mengalu-alukan sebarang dialog samada secara tertutup atau terbuka dengan mana-mana pihak bagi menjelaskan pendirian dan keputusan terkini pihak kami ini,” ujarnya.

 

Serentak dengan perletakan jawatan itu, jawatan Ketua Pemuda akan dipangku oleh Mohd. Fadhlullah Ismail dan kekosongan jawatan lain juga akan diumumkan lanjut kemudian. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.