Peguam Najib Berlepas Ke Amerika Syarikat

Usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengheret The Wall Street Journal (WSJ) ke mahkamah tidak tersadai tetapi pelbagai perancangan terus dilakukan.

 

Sinchew Daily melaporkan dua peguam yang mewakili Najib, Datuk Hafarizam Harun and Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin telah berlepas ke Amerika Syarikat untuk mengambil tindakan seterusnya.

 

Dua peguam itu difahamkan mahu memilih peguam Amerika Syarikat yang sesuai supaya tindakan perundangan dapat diambil ke atas WSJ yang mengaitkan Najib dengan penyelewengan.

 

Menurut sumber, pelantikan peguam tempatan Amerika Syarikat merupakan cara paling mudah untuk mengheret WSJ di muka pengadilan.

 

“Jika peguam Malaysia mahu mewakili Najib di Amerika Syarikat, mereka perlu mempunyai lesen yang mungkin memerlukan setahun dua untuk diperolehi.

 

“Cara lebih mudah ialah melantik peguam Amerika Syarikat untuk mewakili Najib,” kata sumber itu.

 

Kelibat Hafarizam dan Firoz tidak lagi kelihatan di mahkamah Malaysia sejak Isnin lalu tetapi menghantar pembantu dan wakil untuk mengendalikan beberapa kes dalam tangan termasuk kes fitnah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua ke atas Najib. – MalaysiaGazzete

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.