Muhkriz Dakwa Kenal Individu Yang Rakam Klip Video Kontroversi

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan beliau berpakat dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, membuat maklumat palsu bahawa RM 2.6 bilion dimasukkan dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

 

“Saya ada dalam majlis tersebut tetapi saya tidak bercakap apa-apa pun. Saya tidak boleh menghalang tuan rumah bercakap dengan tetamunya.”

 

Rakaman video perbualan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir yang disiarkan oleh Malaysiakini menunjukkan Muhyiddin yang mendakwa wang sebanyak USD 700 juta milik 1MDB masuk ke dalam akaun Perdana Menteri.

 

Dalam video tersebut turut kelihatan Mukhriz tetapi beliau tidak mengambil apa-apa bahagian dalam perbualan tersebut.

 

Semalam editor MYKMU.NET bertanya sama ada Mukhriz bersengkongkol dengan Tan Sri Muhyiddin bagi memberi maklumat tidak benar kepada Tun Mahathir Mohamad mengenai Perdana Menteri Mohd Najib Razak.

 

Dalam laporan semalam kami juga menulis, “Dakwaan Muhyiddin bahawa Perdana Menteri mengakui wang 1MDB sebanyak RM 2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau merupakan satu pembohongan dan mungkin dirancang oleh kumpulan ini sendiri.

 

Video tersebut dirakam ketika perbualan beberapa orang sahaja, mustahil mereka tidak menyedari siapa yang merakamnya.”

 

Mukhriz hari ini mengakui kepada wartawan Kwong Wah Yit Poh bahawa beliau mengetahui siapa perakam terbabit tetapi enggan memberitahu. – myKMU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.