MH370: Masih Awal Untuk Buat Sebarang Spekulasi – MAS

Kuala Lumpur – Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini memaklumkan pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi mengesahkan mengenai penemuan serpihan yang didakwa milik pesawat pesawat MH370 yang hilang pada Mac, tahun lalu.

 

MAS dalam satu kenyataan menyatakan masih awal bagi pihaknya untuk membuat sebarang spekulasi berhubung penemuan serpihan tersebut.

 

“Dengan mengambil kira laporan penemuan sebuah serpihan pesawat di Pulau Reunion, Malaysia Airlines bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkenaan untuk mengesahkan perkara itu.

 

“Pada masa ini, ia akan menjadi terlalu awal untuk syarikat penerbangan membuat spekulasi berhubung serpihan itu,” kata MAS dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

 

Laporan The Telegraph lewat malam tadi menyatakan seorang pakar penerbangan mendakwa sudah menemui serpihan pesawat milik MH370 selepas menerima panggilan daripada seorang penduduk di Pulau Reunion, di Lautan Hindi.

 

Susulan itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dipetik sebagai berkata memaklumkan telah menghantar satu pasukan khas untuk menyiasat serpihak tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.