MH370: Malaysia Hantar Pasukan Khas Ke Madagascar – PM

Kuala Lumpur – Malaysia akan menghantar sepasukan pegawai kanan dari Kementerian Pengangkutan, Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Malaysia Airlines (MAS) dan pasukan penyiasat MH370 ke Toulose, Madagascar, secepat mungkin, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

 

Perkara itu dimaklumkan oleh beliau status yang dimuatnaik di laman facebooknya petang ini.

 

“Malaysia telah menerima berita daripada pihak berkuasa Perancis mengenai penemuan serpihan pesawat yang terdampar di Kepulauan Reunion, Timur Madagascar.

 

“Laporan awal menunjukkan bahawa serpihan itu berkemungkinan dari Boeing 777, tetapi kita perlu mengesahkan sama ada ia adalah serpihan dari penerbangan MH370 atau sebaliknya. Pada peringkat ini adalah terlalu awal untuk membuat spekulasi,” ujarnya.

 

Menurut kenyataan itu, serpihan dijumpai itu akan dihantar ke Toulose oleh pihak berkuasa Perancis iaitu ibu pejabat BEA terdekat, yang bertanggungjawab untuk siasatan kemalangan penerbangan awam.

 

“Satu pasukan Malaysia dalam perjalanan ke Toulouse sekarang. Ia termasuk wakil-wakil kanan daripada Kementerian Pengangkutan, DCA, pasukan siasatan MH370, dan Malaysia Airlines. Pada masa yang sama, sepasukan lagi akan ke Pulau Reunion di mana serpihan itu ditemui.

 

“Lokasi yang konsisten dengan analisis arus yang diberikan kepada pasukan siasatan Malaysia, yang menunjukkan arah selatan Lautan Hindi ke Afrika,” katanya.

 

Menurut beliau, sebarang maklumat atau perkembangan terkini akan diumumkan kepada rakyat.

 

“Sebaik sahaja kita mendapat lebih banyak maklumat atau mana-mana pengesahan kami memaklumkan kepada rakyat.

 

“Kita telah menerima banyak laporan yang salah sebelum ini, tetapi untuk kepentingan keluarga yang kehilangan orang tersayang dan mengalami ketidakpastian, saya berdoa agar kita akan mengetahui kebenaran supaya mereka rasa senang hati dan tenteram.

 

“Saya berjanji kepada waris mereka yang hilang bahawa apa sahaja yang berlaku, kami tidak akan berputus asa,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.