Klip Audio: MB Negeri Sembilan Buat Laporan Polis

Seremban – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan membuat laporan polis mengenai klip audio tersebar yang mendakwa beliau menyokong bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 

Dalam klip berkenaan Muhyiddin memimta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengakui terlibat dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 

Laporan polis itu dibuat pada jam 11 pagi di Balai Polis Seremban oleh setiausaha Politik Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau itu.

 

Mohamad, yang mendapat klip audio melalui seorang sahabatnya malam tadi ketika menghadiri majlis jamuan Hari Raya, menganggap audio itu melucukan.

 

“Saya ketwa kerana ‘lelaki’ yang cuba meniru suara saya gagal mengikut loghat Negeri Sembilan yang betul,” katanya.

 

 

 

BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.