Kertas Pertuduhan Ke Atas Najib Adalah Palsu, Rekaan – Pejabat Peguam Negara

Pejabat Peguam Negara menafikan deraf Kertas Pertuduhan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Datuk Shamsul Anuar bin Sulaiman yang disebarkan di laman-laman sosial merupakan dokumen dari pejabat mereka.SR-Tuduhan-1

 

“Dokumen tersebut adalah palsu dan rekaan semata-mata,” kata sumber Pejabat Peguam Negara ketika dihubungi sebentar tadi.

 

Hari ini beberapa portal berita mula memaparkan apa yang mereka dakwa sebagai deraf kertas pertuduhan ke atas Perdana Menteri menyeleweng Wang Kumpulan Amanah Pencen (KWAP) melalui SRC International.

 

Portal SarawakReport yang menerbitkan dokumen tersebut mendakwa deraf tersebut menjadi punca Tan Sri Ghani Patail dipecat isnin lalu.

 

Menurut sumber, Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini.

 

Sementara itu dari penyelidikan kami juga mendapati kertas pertuduhan tersebut bukan format biasa Pejabat Peguam Negara yang sepatutnya mempunyai nama lengkap dan no kad pengenalan. – mykmu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.