Hormati Semua Bangsa, Agama Dan Budaya – TPM

Kuala Lumpur – Timbalan Perdana Menteri yang baharu dilantik, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menekankan kepentingan menghormati bangsa, agama dan budaya kaum yang berbilang di negara ini bagi mencapai keharmonian.

 

Ketika bercakap kepada hadirin di Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman polis Desa Tasik di Sungai Buloh, Ahmad Zahid berkata keharmonian rakyat berbilang kaum dapat dicapai serta memastikan keselamatan antara komuniti.

 

“Kepelbagaian ini perlu dijaga. Jangan juga kita jaga penjenayah berdasarkan kaum. Kita perlu melindungi setiap kaum, agama dan budaya,” katanya.

 

Ahmad Zahid turut menyentuh mengenai pembangunan teknologi yang sentiasa berubah dan menambah bahawa salah guna teknologi akan mengganggu keharmonian.

 

“Sudah pasti keadaan sekarang di mana ramai yang takut dikritik dan isu lain-lain, komuniti Malaysia akan keliru dengan maklumat yang mereka perolehi di dunia siber.

 

“Maklumat mudah didapati, apa-apa sahaja yang berlaku, dapat kita saksikan secara langsung. Disebabkan teknologi sentiasa berubah, penyalahgunaan teknologi ini akan menggugat keharmonian,” katanya.

 

Turut hadir di rumah terbuka itu adalah Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa yang mana Ahmad Zahid puji atas kejayaan pihak polis memerangi pusat judi haram.

 

Menteri Dalam Negeri itu berkata, beliau berharap pusat judi haram dapat dihapuskan sepenuhnya dan meminta rakyat Malaysia membantu pihak polis.

 

“Tiada satu kaum, agama atau individu yang rasional membenarkan sindiket judi haram.

 

“Saya bercakap bukan sahaja sebagai amaran, tetapi mana-mana anggota polis atau individu yang melindungi pusat judi haram, tidak akan terlepas,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.