Elizabeth Positif Tangani Gosip, Kritikan Pedas

Penyanyi yang popular dengan lagu Knock Knock, Elizabeth Tan mengakui sedikit terkesan dengan pandangan banyak orang di laman sosial terhadap dirinya namun  tidak mengambil pusing tentang ‘usikan’ nakal terutama tersebarnya khabar angin mengatakan dirinya adalah punca keretakan hubungan penyanyi Adira Suhaimi bersama tunangnya, Shahrul Nasrun.

 

“Kerjaya nyanyian ini seronok tetapi ia sedikit terganggu apabila membaca kritikan ‘pedas’ yang diberikan orang terutama di laman sosial.

 

“Bagaimanapun, itu bukan bermaksud saya tidak boleh menerima kritikan, namun sebagai pendatang baharu pastinya perkara itu akan menyentuh emosi. Bagaimanapun, saya tetap menerima segala kritikan, tidak kira positif mahupun negatif,” katanya.

 

Sejurus selepas cerita tersebut reda daripada radar hiburan tempatan, muncul pula kisah baharu yang mengatakan dia kini sedang asyik menyulam cinta dengan bekas suami aktres Nabila Huda, Eddie yang juga merupakan ahli kumpulan Tiga Swagger.

 

Elizabeth bagaimanapun menafikan cerita tersebut dan menganggap ia sesuatu yang tidak masuk akal dan lucu.

 

“Perkara itu berlaku secara tiba-tiba dan ia agak mengejutkan terutama apabila orang mengaitkan saya dan Eddie. Sejujurnya, dia hanya rakan sekerja, tidak wujud sebarang hubungan istimewa antara kami.

 

“Tambahan, kami hanya bertemu beberapa kali serta tidak mempunyai nombor telefon masing-masing. Saya akui terkejut dan kelakar apabila membaca artikel mengatakan kami sedang bercinta,” katanya

 

Tambahnya lagi dia perlu menanganinya dakwaan dan kritikan tersebut dengan positif. Dia tidak mahu ada pihak orang yang beranggapan dia tidak telus mengenai hubungan dengan seseorang lelaki.

 

Justeru Jadi buat masa ini, dia hanya berkawan dengan semua orang dan bersikap baik kepada orang di sekeliling. – Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.