Denmark Haramkan Penyembelihan Haiwan Ikut Ajaran Islam

DENMARK – Arahan pengharaman penyembelihan haiwan menurut agama di Denmark baru-baru ini, mendatangkan kemarahan penduduk beragama Islam dan Yahudi di negara itu.

 

Pengharaman sebelum ini yang hanya melibatkan penggunaan aliran elektrik untuk melemahkan haiwan sebelum menyembelihnya di rumah sembelih, kini diluaskan lagi kepada komuniti yang sebelum ini tidak terlibat dalam pengharaman berkenaan.

 

“Hak haiwan diutamakan lebih daripada agama,” kata Menteri Pertanian dan Makanan, Dan Jørgensen kepada stesen televisyen TV2, Denmark.

 

Aktivis Danish Halal berkata, pengharaman berkenaan merupakan ‘campur tangan jelas dalam kebebasan beragama’, lapor The Independent, manakala itu Ketua Rabai Israel, David Lau mengkritik undang-undang berkenaan sebagai amat melampau terhadap agama Yahudi dan penduduk beragama Yahudi di Denmark, menurut laporan Times of Israel.

 

Menurut undang-undang kashrut Yahudi dan halal bagi orang Islam, penyembelihan perlu dilakukan dengan memotong urat di leher menggunakan pisau tajam bagi mengurangkan kesakitan dan menghormati haiwan sembelihan berkenaan. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.