Bank Negara Nafi Zeti Kena Serangan Jantung

Kuala Lumpur – Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami serangan jantung seperti yang dikhabarkan sesetengah pihak.

 

Wakil Jabatan Perhubungan Korporat BNM  mengesahkan perkara tersebut, lapor Astro Awani.

 

Menurut wakil BNM, Zeti bekerja di pejabat seperti biasa dan tidak dimasukkan ke wad seperti didakwa.

 

Menurut laporan Malaysia Gazette, Zeti dikatakan tidak hadir di pejabatnya pada pagi Isnin, namun memulakan tugas di pejabat pada sebelah petang.

 

Zeti sehari dua ini juga menghadiri pelbagai mesyuarat dalaman BNM, sekali gus menafikan khabar angin bahawa beliau dalam keadaan tidak sihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.