Azwanbro Saman Rafizi

Kuala Lumpur – Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun telah memfailkan saman terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli berkaitan tuduhan terbabit dalam transaksi perniagaan yang dilakukan oleh MARA.

 

Khairul atau lebih dikenali sebagai Azwanbro memberitahu, tindakan itu diambil setelah tempoh yang diberikannya kepada Rafizi untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang dibuanya telah tamat.

 

“Ingin saya tegaskan di sini bahawa dakwaan beliau itu adalah tidak betul dan berniat jahat terhadap saya serta Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

 

“Saya membuat keputusan ini atas dasar menegakkan kebenaran dan mempertahankan maruah insititusi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia serta jawatan yang telah diamanahkan kepada saya,” katanya menerusi satu kenyataan media dalam laman sosial di Facebooknya.

 

Sebelum ini, Rafizi yang juga, Setiausaha Agung PKR mendakwa Naib Ketua Pemuda UMNO itu terlibat sebagai pengatur kepada urus niaga hartanah di Australia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.