Aziz Bari Keluar PKR Lompat Masuk DAP

KUALA LUMPUR – Bekas pensyarah  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Aziz Bari yang juga merupakan bekas calon PKR bagi Parlimen Sabak Bernam semasa PRU-13 hari ini mengumumkan penyertaannya dalam DAP.

 

Beliau yang kini bertugas sebagai pesnyarah di Universiti Selangor (Unisel) dan menjadi felo di Penang Institute mendakwa pemilihan DAP sebagai wadah politik untuk membolehkannya menyumbang khidmat dan kepakaran.

 

“Ini bukan sesuatu yang baru. Sejak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sudi melantik saya sebagai felo Penang Institute, saya melihat sendiri bagaimana pentadbiran negeri dilaksanakan dengan baik.

 

“Saya lihat DAP begitu cekap dan saya tertarik dengan prinsip dan amalan terbuka, telus dan meritokratik,” katanya seperti dipetik dari portal DAP, Roketkini.

 

Terdahulu, pada Mei 2012 lalu Aziz Bari menyertai PKR untuk membolehkannya menjadi calon parti itu dalam PRU-13 bagi Parlimen Sabak Bernam.

 

Dalam percubaan pertamanya itu, beliau tewas dengan majoriti 1,644 dalam pertandingan satu lawan satu dengan calon BN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.