Artis Tuntut Menteri Baru Segera Selesaikan Masalah

Penggiat seni hiburan tempatan berharap Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baharu iaitu Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak akan bertindak segera selepas mendapat maklum balas mengenai masalah-masalah yang timbul dalam industri seni tanah air.

 

Memetik laporan mStar online Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia  (Gafim), Jurey Latiff Rosli berkata, dia gembira dengan perlantikan itu memandangkan Mohd Salleh pernah menjadi pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada tahun 2011 dan seharusnya faham hal yang berbangkit.

 

Sebelum ini Salleh pernah menjadi Pengerusi Finas, tetapi dalam tempoh yang sangat singkat. Tidak sempat nak bantu industri walaupun beliau telah merancang macam-macam perkara bagi mengukuhkan industri seni.

 

“Jadi saya percaya beliau tahu apa yang perlu dibuat bagi menyelamatkan industri seni negara yang berada dalam keadaan tenat ketika ini. Saya mewakili penggiat seni lain berharap agar beliau dapat membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi kami,” katanya

 

Salleh dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia dalam satu rombakan kabinet yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa.

 

Beliau menggantikan Datuk Seri Ahmad Shaberi Cheek yang bertukar portfolio sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

 

Dalam pada itu, Jurey juga berharap agar pihak-pihak di Kementerian Komunikasi dan Multimedia bertambah mesra dengan penggiat seni agar hubungan di antara mereka lebih agar mudah untuk memahami pergerakan industri yang semakin malap.

 

Malah Jurey juga memohon supaya tiada unsur-unsur pilih kasih dalam setiap urusan dan kerjasama yang dibuat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.