6,000 Pejuang Sunni Sertai Pasukan Sukarela Anti IS

BAGHDAD – Sekurang-kurangnya 6,000 pejuang puak sunni daripada pelbagai wilayah di Iraq telah menyertai angkatan bersenjata pro kerajaan dalam perjuangan menentang kumpulan militan IS Takfiri.

 

Menurut Press TV, ahli Parlimen Habib al-Tarfi yang mewakili Majlis Tertinggi Islam Iraq berkata, pejuang telah menyertai barisan angkatan sukarela negara bagi melawan pengganas yang ingin menghancurkan Iraq.

 

Menurutnya, anggota keselamatan yang disokong pejuang daripada angkatan bersekutu setakat ini berjaya membebaskan banyak kawasan di wilayah Diyala, Salahuddin dan Anbar.

 

“Selain itu, pejuang juga membebaskan bandar Jurf al-Nasr, terletak kira-kira 60 kilometer (km) di barat daya ibu negara, Baghdad, dari cengkaman IS,” katanya.

 

Sementara itu, komander angkatan bersenjata 30 Briged, Abu Abdullah al-Fahdawi memberitahu, 30 anggota IS maut selepas pasukannya melancarkan operasi di daerah al-Rashad di bandar al-Karmah, kira-kira 48 km di barat ibu negara.

 

Kelmarin, 20 lagi anggota IS terbunuh ketika pertempuran sengit dengan tentera Iraq di Albu Jawari, yang terletak di utara wilayah Salahuddin. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.