3 Kerabat Johor Sampaikan Mesej Tersirat Kepada Rakyat

Kuala Lumpur – Selepas Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memuat naik kata-kata semangat kepada rakyat Johor di Facebook baru-baru ini, kini status dua adindanya pula menjadi tanda tanya dalam kalangan pengguna media sosial.

 

Menerusi laman sosial Instagram, Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar semalam, masing-masing dilihat menyampaikan mesej tersirat.

 

Dalam entri tersebut, Tunku Jalil memuat naik foto bendera Malaysia iaitu jalur gemilang tanpa sebarang warna bersama beberapa baris ayat.

 

“Jika ada perselisihan, moga kita membawa keharmonian. Jika ada kesilapan, moga kita membawa kebenaran.

 

“Jika ada keraguan, kita membawa kepercayaan. Dan jika ada duka, moga kita membawa harapan,” katanya.

 

Sementara itu, Tunku Idris dalam entrinya lebih kurang 13 jam lalu pula memuat naik gambar bendera Johor tanpa sebarang kapsyen yang sehingga kini disukai lebih 4,000 pengikutnya.

 

Ternyata, tindakan kedua kerabat Diraja Johor itu menarik perhatian ramai pengguna media sosial dengan mengaitkan situasi semasa negara terutamanya membabitkan rombakan Kabinet yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kelmarin.

 

Sebelum ini, TMJ memuat naik kenyataan ringkas selepas kurang 12 jam barisan Kabinet baru diumumkan.

 

Kerabat Johor 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.