1MDB: KPN Nafi Siasat Gabenor BNM

Kuala Lumpur – Polis menolak dakwaan menyiasat Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya tidak menjalankan sebarang siasatan terhadap Zeti Akhtar seperti yang tersebar di laman sosial beberapa hari lalu.

 

Menurutnya, tidak mengetahui daripada mana dakwaan tersebut bermula.

 

“Siapa cakap polis siasat? Setahu saya tiada siasatan yang dijalankan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara kepada 262 pegawai bahagian Jabatan Siasatan Jenayah di Maktab PDRM.

 

Khalid bagaimanapun enggan mengulas lanjut isu berkaitan 1MDB dan menyerahkan kepada pasukan Petugas Khas untuk menjalankan siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.