PM sedia terima teguran cukai tapi jangan fitnah, maki hamun

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan sentiasa mengamalkan keterbukaan dan sedia menerima sebarang teguran berhubung sistem percukaian, tetapi ia perlu berlandaskan fakta tepat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebarang kritikan perlu dibuat melalui saluran betul serta tidak bersifat fitnah dan berunsur maki hamun.

“Saya lihat ada beberapa mahasiswa mengeluh tentang pelarasan bil elektrik, saya tidak faham. Kadar elektrik tak naik, adakah benar dia terkesan? Kalau benar, kita harus betulkan kerana universiti awam dikecualikan.

“Hal-hal ini umpamanya kalau disebar kerana kebebasan, itu akan jadi ruang fitnah, ruang maki hamun. Jadi saya harap saudara saudari, adik-adik atau anak-anak, tolong berikan fakta, saya tidak ada masalah orang menegur dan mengkritik,”katanya dalam perjumpaan bulanan warga Jabatan Perdana Menteri lapor Bernama di Putrajaya.

Anwar berkata, pelarasan tarif elektrik dan peluasan skop cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bagi memastikan golongan mempunyai kemampuan kewangan tinggi boleh menyumbang bahagian lebih adil, di samping melindungi sebahagian rakyat daripada tekanan kewangan tidak wajar.

“Cukai yang kita bagi (laksanakan), kalau boleh tidak mahu bebankan rakyat, tetapi andai kata ada satu, dua yang terkena (terkesan), boleh kita baiki, tapi untuk mengatakan menentang kenaikan (pelarasan) elektrik, saya fikir itu tak betul,” katanya.

Pada 9 Jun lalu, kerajaan mengumumkan semakan bersasar kadar cukai jualan dan peluasan skop cukai perkhidmatan yang akan berkuat kuasa esok.

Pada 13 Jun lalu, Suruhanjaya Tenaga memaklumkan lebih 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung akan menikmati kadar elektrik lebih adil dan progresif menerusi pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu yang diluluskan kerajaan berkuat kuasa esok hingga 31 Dis 2027.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat