Kota Madani simbol keangkuhan bukan pembangunan – Wan Ahmad Fayhsal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendesak penjawat awam menolak pembinaan Kota Madani dengan mendakwa projek itu bukan lambang kemajuan, sebaliknya ia adalah simbol keangkuhan seorang pemimpin yang lupa daratan.

Wakil rakyat Bersatu itu berkata, sudah tiba masanya rakyat dan penjawat awam membuka mata terhadap helah licik rejim Madani yang semakin terpisah dari realiti rakyat.

“Seruan Perdana Menteri agar penjawat awam mempertahankan projek Kota Madani bukan sahaja dangkal, malah melambangkan tahap kebongkakan dan penyelewengan keutamaan yang melampau.

“Di saat hospital kehabisan ubat, sekolah daif menanti roboh, dan harga barang makin menggila, Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih untuk menabur ratusan juta ke atas sebuah monumen ego yang langsung tidak memberi manfaat nyata kepada rakyat marhaen.

“Ini bukan pembangunan, ini bukan kemajuan – ini adalah pembaziran berselindung di sebalik retorik Madani yang sudah hilang makna.

“Menggunakan ayat suci al-Qur’an dan istilah “Madani” untuk menjustifikasi pembinaan Kota Madani adalah satu penghinaan terhadap agama dan akal rakyat. Ia umpama membalut najis dengan serban tampak suci di luar, tetapi busuk dan jijik di dalam,” tempelak beliau dalam hantaran di Facebook pada Isnin.

Wan Ahmad Fayhsal turut mempersoalkan, apakah ini yang dimaksudkan dengan “perjuangan reformasi”? Apakah ini wajah sebenar kerajaan kononnya prihatin rakyat meminta penjawat awam setia bukan kepada negara, tetapi kepada kerakusan politik dan projek vanity seorang Perdana Menteri yang obses dengan legasi peribadi?

“Kepada para penjawat awam yang selama ini menjadi tulang belakang negara sedarlah. Seruan ini bukan untuk pertahankan negara. Ia adalah isyarat jelas untuk anda menjadi perisai kepada kerakusan UMDAP di Putrajaya.

“Jika anda benar-benar sayangkan Malaysia bangkit, dan tolak pengkhianatan ini. Kota Madani bukan lambang kemajuan, ia adalah simbol keangkuhan seorang pemimpin yang lupa daratan,” dakwa beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat