PRU16: BN tidak akan bertanding kawasan ditandingi PH – Zahid

- Advertisement -

MARAN – Barisan Nasional (BN) akan menggunakan lambang sendiri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) biarpun mengadakan kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kegagalan BN pada pilihan raya lalu tidak menghalang parti itu untuk terus kekal menggunakan lambang terbabit.

“PH bertanding dengan lambang mereka (PH), kita (pula bertanding dengan lambang kita, tapi dari segi kerjasama kita (tetap) jalinkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Maran di Dewan UMNO Bahagian Maran, Pekan Tajau di sini pada Ahad.

Ahmad Zahid turut menjelaskan BN tidak akan bertanding di kawasan yang ditandingi parti PH.

“Asalkan kawasan kita (BN) bertanding itu tidak ditandingi oleh mereka (PH) dan kita tidak akan bertanding di kawasan mereka (PH) bertanding,” jelas beliau.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Shahaniza Shamsuddin.

-SINAR HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat