Ahmad Zahid Dahului Keputusan Pemilihan Presiden UMNO

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sedang mendahului perebutan jawatan presiden Umno.

Sehingga pukul 6.10 petang Sabtu beliau diumumkan memperoleh 39 undi.

Seorang lagi calon presiden, Khairy Jamaluddin mengekori Ahmad Zahid agak rapat dengan 35 undi.

Tengku Razaleigh Hamzah yang turut menawarkan diri merebut jawatan itu memperoleh 12 undi.

Keputusan tidak rasmi itu diumumkan menerusi Twitter pemantau pemilihan parti itu @Pemilihan Umno 2018, petang Sabtu.

Sementara itu, bagi jawatan timbalan presiden, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan mendahului dengan 12 undi.

Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa yang turut bertanding jawatan itu berada di belakangnya dengan 10 undi.

Bagi perebutan jawatan naib presiden, bekas Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin mendahului pencabar lain dengan memperoleh sembilan undi.

Khalid Nordin turut diekori rapat dua calon lain, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani dengan masing-masing lapan dan enam undi.

Dua calon lain, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman masing-masing memperoleh lima dan dua undi manakala Datuk Seri Ahmad Said, satu undi.

Menurut laporan TV3, keputusan rasmi pemilihan dijangka diumumkan seawal pukul 6 pagi Ahad. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.