Video: Lemang Tok Janggut Jadi Pilihan, Harga Sama Sejak 10 Tahun Lepas

KUALA LUMPUR – Lemang yang dihasilkan daripada campuran pulut dan santan, kemudian dibakar di dalam buluh secara tradisional menggunakan arang dan kayu api adalah antara juadah wajib dinikmati apabila tiba musim perayaan terutama Aidilfitri.

Bagi yang beraya di kawasan Lembah Pantai dan sekitar Kuala Lumpur, pastinya tidak asing dengan nama Lemang Tok Janggut yang terletak di Bangsar South Kerinchi.

Lemang yang dijual sejak 10 tahun lalu masih dijual dengan harga sama, iaitu RM10 hingga ke RM18 sebatang.

Pengusaha lemang Tong Janggut, Manisah Mansor, ketika ditemui di gerainya berkata, walaupun terdapat pelbagai produk segera di pasaran, lemang yang diperbuat secara tradisional masih menambat hati ramai kerana dikatakan rasanya yang enak serta tahan lebih lama.

Beliau berkata proses pembuatan lemang iaitu merendam dan membasuh buluh, memarut kelapa, sehinggalah ke peringkat terakhir, persediaan membakar lemang itu dilakukan sendiri di gerainya dan menggunakan ramuan dan teknik daripada ayahnya, iaiatu pengasas Lemang Tok Janggut.

Selain lemang, gerai yang beroperasi setiap hari itu turut menyediakan ketupat, kuih raya, serunding, dan juga ada mengambil tempahan kambing bakar.

Walaupun bukan pada hari raya Aidilfitri, lemang Tok Janggut masih menerima tempahan dan menjual juadah hari raya yang dijual di kedainya seperti biasa.

Untuk tempahan lemang , serunding, ketupat, mahupun kambing bakar, boleh hubungi talian 017-2962001 / 012-3011862. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.