‘The Professor’ Bentuk Skuad Harimau Malaya

SHAH ALAM – Jurulatih Nelo Vingada memberi isyarat untuk membuka pintu kepada mana-mana pemain menyertai skuad Harimau Malaya apabila beliau akan mula menjejaki pemain terbaik sebaik saingan Liga Malaysia (Liga-M) bermula hari ini.

Berbanding perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 dengan Lubnan pada 13 Jun lalu, Vingada kali ini mempunyai masa untuk memilih pemain sebelum aksi kedua Kumpulan B dengan Hong Kong pada 5 September, lapor Metro.

“Dalam tempoh 40 hari lagi sebelum menentang Hong Kong, fokus utama saya adalah untuk melihat aksi pemain dalam Liga Malaysia,” katanya.

Bagaimanapun itu bukan bermakna jurulatih kelahiran Portugal berusia 64 tahun itu akan melakukan rombakan besar dalam pasukan.

“Pasukan ini sudah ada asas yang baik tapi sekarang saya ada idea lebih baik untuk membentuk pasukan mantap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.