PCM Gesa Polis Siasat DAP Minta Kuasa Asing Campur Urusan Negara

KUALA LUMPUR – Parti Cinta Malaysia (PCM) meminta polis menyiasat DAP kerana didakwa mempunyai niat bagi mendapatkan pertolongan kuasa asing mencampuri urusan dalaman negara.

Naib Pengerusinya, Datuk Huan Cheng Guan berkata, ini kerana kenyataan Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng seperti disiarkan portal The Malaysian Insight hari ini amat berbahaya.

“Rakyat yang cintakan negara tidak akan mengeluarkan kenyataan sebegini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Satu laporan polis dibuat oleh Cheng Guan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul hari ini berkaitan kenyataan Guan Eng yang disiarkan menerusi portal terbabit.

Laporan tersebut menyebut bahawa DAP melalui Guan Eng berkata, Amerika Syarikat (AS) boleh menggunakan tindakan ketenteraan dan tidak perlu memfailkan saman sivil di negara sendiri sekiranya mahu menjatuhkan kerajaan Malaysia. – Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.