Paparazzi Dibenar Rakam Gambar Anak Saif, Kareena

Bintang Bollywood, Saif Ali Khan ‘melindungi’ anaknya, Taimur Ali Khan, 5 bulan dengan membenarkan paparazi merakamkan gambar si kecil itu sebanyak mana yang mereka mahu.

Saif menggalakkan isterinya yang juga aktres Kareena Kapoor membawa Taimur keluar berjalan-jalan dan melambaikan tangan kepada paparazi.

“Itulah cara saya menjaga keselamatan Taimur. Jika saya bersikap terlalu tegas bimbang nanti apabila Taimur muncul depan khalayak ramai paparazi akan berebut-rebut merakamkan wajahnya.

“Saya tak mahu berlaku sebarang kemalangan. Kalau boleh saya mahu Taimur dilayan seperti kanak-kanak biasa,” katanya, lapor Metro.

Dalam masa terdekat, Kareena akan terbang ke London bagi menjayakan penggambaran iklan komersial.

Dia tidak sampai hati meninggalkan Taimur yang masih kecil, lalu membawanya bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.