Lelaki Ditahan Selepas Cuba Rempuh Orang Ramai Depan Masjid

PARIS – Seorang lelaki telah ditahan selepas cuba merempuh orang ramai di luar masjid.

Polis berkata, insiden itu berlaku kira-kira jam 18.30 waktu tempatan (16:30 GMT) di pinggir bandar Creteil dan tiada siapa yang cedera.

Lelaki itu gagal berbuat demikian kerana terdapat halangan diletakkan di luar untuk melindungi masjid.

Motif suspek tidak jelas tetapi akhbar Le Parisien melaporkan lelaki yang berasal dari Armenia dan menyatakan dia ingin membalas serangan yang dikaitkan dengan pengganas di Paris.

Menurut kenyataan polis, kenderaan 4×4 suspek beberapa kali cuba melanggar halangan yang direka untuk melindungi masjid yang terletak di pinggir bandar Perancis itu.

Kenderaan itu dipandu dengan laju tetapi terlanggar halangan dan lelaki itu cuba melarikan diri tetapi berkaya ditahan.

Suspek tidak kelihatan di bawah pengaruh dadah atau alkohol, kata Le Parisien.

Dilaporkan suspek mahu membalas dendam terhadap serangan di teater Bataclan dan Champs-Élysées, kedua-duanya dikaitkan Kumpula IS. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.