Kucing Menginap Di ‘Hotel’ Ketika Pemilik Beraya Di Kampung,

BESTARI JAYA — Perkhidmatan “hotel kucing” kian mendapat sambutan ramai berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Kebanyakan pemilik kucing yang bakal berhari raya di kampung masing-masing menempah hotel lebih awal dan dua minggu sebelum sambutan Aidilfitri, lapor Sinar Harian.

Malah, Tengku Nurudeen Tengku Mohd Affandi berkata pihaknya mahu menambah sangkar untuk memuatkan 150 kucing pada masa depan.

“Boleh dikatakan hampir separuh daripada 100 sangkar yang kami sediakan penuh,” kata pemilik Cats Wonderland itu pada laporan khas akhbar tersebut.

Hotel di sini yang beroperasi sejak dua tahun lalu juga memiliki cawangan di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Jaya, Shah Alam dan Bandar Puncak Alam.

Beliau berkata pekerja memantau kucing bagi memastikan keadaannya terjaga dari segi makanan, keselesaan dan kebersihan.

Namun, Tengku Nurudeen berkata pihaknya hanya menerima haiwan peliharaan yang sudah divaksin bagi memastikannya bebas penyakit.

Beliau berkata kucing berusia bawah tiga tahun tidak diterima kerana haiwan peliharaan itu belum boleh divaksin.

“Kami mahu pemilik meninggalkan kucing mereka dengan tenang tanpa perasaan bimbang keadaan haiwan kesayangan mereka di hotel kami,” kata pencinta kucing itu. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.