Kontraktor Rayu Lanjut Tempoh Daftar Pekerja Asing

KUALA LUMPUR — Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) merayu agar kerajaan melanjutkan tempoh pendaftaran kad sementara atau e-kad yang tamat hari ini kepada 15 Februari 2018 selaras dengan tarikh akhir program penggajian semula pekerja asing tanpa izin (Pati).

Dalam satu kenyataan hari ini, MBAM berkata ia akan mendapatkan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia bagi menyelesaikan isu berkaitan masalah serta penangguhan pendaftaran e-kad berkenaan.

“Kami berharap kerajaan dapat menimbang untuk mempermudahkan prosedur pendaftaran bagi menggalakkan lebih ramai majikan tampil dan mendaftar pekerja tanpa izin mereka.

“Malah, MBAM juga amat menyarankan supaya kerajaan tidak mengutip bayaran RM600 sepertimana dipersetujui sebelum ini untuk program penggajian semula ketika pendaftaran e-kad kerana ia boleh memberi kesan terhadap proses pendaftaran itu,” katanya. — Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.