Kereta Bertembung Warga Emas Maut, 7 Cedera

WARGA emas lelaki berusia 70-an maut, manakala tujuh yang lain cedera selepas dua kenderaan terbabit kemalangan di Simpang Perani, Kampung Perani, Batu 6, Kota Tinggi, petang ini.

Lima individu lain dalam Perodua Alza termasuk tiga kanak-kanak cedera, manakala dua lelaki yang menaiki Toyota Vios turut cedera.

Sumber bomba berkata, sebuah jentera bersama tujuh anggota termasuk seorang pegawai ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 4.20 petang ini.

“Sejurus menerima maklumat, sebuah jentera diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi ke lokasi kemalangan.

“Maklumat kejadian membabitkan sebuah Perodua Alza dan Toyota Vios, namun didapati warga emas lelaki berusia 70-an meninggal dunia,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.