Kerajaan Palsu Daesh Sudah Berakhir Kata PM Iraq

MOSUL – Kerajaan palsu militan Daesh sudah berakhir selepas tentera Iraq menawan masjid bersejarah tempat pemberontak mengisytiharkan ‘khalifah’ mereka tiga tahun yang lalu.

Menurut Reuters, “Kini Masjid al-Nuri dan menara al-Hadba sudah kembali kepada rakyat, menandakan berakhirnya cengkaman Daesh,” kata Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, tentera Iraq akan terus memburu dan menghapuskan semua anggota Daesh. Minggu lalu pemberontak meletupkan masjid bersejarah yang dibina pada zaman pertengahan dan terkenal dengan menara condong tatkala tentera Iraq yang disokong Amerika Syarikat (AS) memasuki Mosul.

Pemberontak mengibarkan bendera mereka di menara al-Hadba sejak Jun 2014.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.