Lif Buatan Terputus, 10 Maut Terjunam

Islamabad – Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan dua cedera apabila sebuah lif kerusi buatan sendiri putus menyebabkan penumpangnya terjunam ke dalam gaung di perkampungan kawasan pergunungan berhampiran Islamabad.

Menurut AFP, nahas berlaku kira-kira 30 kilometer di utara ibu negara Pakistan itu, di perkampungan Charra Pani.

Pegawai penyelamat tempatan Muhammad Farooq berkata: “Penduduk menggunakan lif kerusi itu untuk menyeberangi sungai.

“Malangnya, ia terputus dan tercabut dari kabel menyebabkan 10 orang maut manakala dua lagi cedera.”, lapor Metro.

Polis tempatan mengesahkan kejadian.

Nahas seumpama itu lazim berlaku di kawasan pergunungan di Pakistan, kerana lif kerusi sering digunakan untuk menyeberangi sungai.

Bulan lalu, empat orang mati lemas di Diamer akibat nahas lif kerusi yang terputus kabel.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.