Jenazah Adik Ipar TPM Selamat Dikebumikan

MASJID TANAH – Jenazah adik ipar kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Solok Air Batu di sini petang tadi.

Allahyarham Kamarulzaman Khamis, 59, yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung, dipindahkan ke Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur dari Hospital Kem Terendak, Melaka setelah mengadu sakit pada pukul 3 pagi semalam.

Allahyarham disahkan meninggal dunia di HAT Tuanku Mizan pada pukul 10.59 pagi tadi.

Jenazah telah disembahyangkan di surau tersebut sebelum dibawa ke Masjid Salmah Khamis di sini untuk sekali lagi disembahyangkan.

Kira-kira 300 orang hadir di Masjid Salmah Khamis termasuk Ahmad Zahid bersama isteri, Datin Seri Hamidah Khamis, Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, barisan Exco serta ahli keluarga Allahyarham.

Allahyarham yang selamat dikebumikan kira-kira pukul 4.15 petang ini merupakan anak ketiga daripada lima adik-beradik meninggalkan seorang isteri, Azaryasmin Mahat, 55, dan dua anak, Mohamad Akhlami, 29; dan Atiqah Hanani, 27. – Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.