Ingin Popular, Lelaki Maut Cuba Tahan Peluru Guna Buku

SAINT PAUL – Seorang lelaki yang mahu popular di Internet maut selepas cuba merakamkan aksi menahan tembakan peluru pistol menggunakan buku.

Pedro Ruiz III, 22, maut selepas peluru pistol yang ditembak kekasihnya, Monalisa Perez, 19, menembusi buku itu dan terus mengenai dadanya.

Monalisa yang hamil anak kedua dilaporkan menembak Ruiz yang memegang buku tebal di dadanya menggunakan pistol Desert Eagle 50 pada Isnin lalu, lapor Metro.

Kejadian berkenaan turut disaksikan anak perempuan pasangan itu yang berusia tiga tahun.

Ruiz berharap aksi itu yang dirakam dengan dua kamera tular di Internet sekaligus menarik ramai pengguna melanggan siaran YouTube miliknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.