Gara-Gara Ingin Popular Di Laman Sosial Akhirnya Membawa Maut

MINNESOTA – Tindakan melulu sepasang kekasih yang mahu meningkatkan jumlah pengikut dan penonton di laman sosial YouTube dengan melakukan aksi ‘luar biasa’ akhirnya membawa padah.

Dalam rakaman itu, Monalisa Perez, 19, menembak dada teman lelakinya yang sedang memegang buku berkulit tebal dari jarak 30 sentimeter dengan menggunakan pistol 0.50-calibre Desert Eagle dengan harapan peluru itu tidak akan menembusi buku tersebut.

Malang tidak berbau, peluru itu sebaliknya menembusi buku tersebut dan terkena pada dada teman lelakinya, Pedro Ruiz.

Pakar perubatan mengesahkan Ruiz mati akibat kecederaan serius di dada akibat tembakan.

BBC melaporkan, kejadian itu berlaku di hadapan anak pasangan itu yang berusia tiga tahun.

Pada Isnin lalu, Perez dalam akaun Twitternya ada membuat satu posting berbunyi ‘Saya dan Pedro akan membuat satu penggambaran video paling berbahaya. Ini adalah idea dia (Pedro), bukan saya’.

Sementara itu, makcik Ruiz, Claudia Ruiz memberitahu, mang­sa pernah menyatakan hasratnya untuk melakukan aksi berbahaya itu untuk meningkatkan jumlah penonton supaya mereka boleh menjadi terkenal. Perez kini ditahan polis atas pertuduhan membunuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.