Gambar OOTD KJ Curi Tumpuan

Gambar OOTD (Outfit Of The Day) Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, menjadi bualan ramai apabila cuba bergaya seperti kelaziman remaja lakukan apabila bergambar ketika hari raya.

Tulisnya dalam dua InstaStory miliknya; “Ramai upload gambar berdiri tengah jalan, so apa lagi?” dan “Ramai upload gambar OOTD tak pandang kamera, so apa lagi.”

Kapsyennya menerima reaksi daripada pengikutnya yang kebanyakannya daripada golongan remaja.

Ada yang menganggap KJ menteri yang cukup mengikuti perkembangan semasa.

Difahamkan, sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, KJ dan keluarga sedondon memilih warna biru lembut sebagai warna tema.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.