Disaman, Ingin Bergaya Di Hari Raya


Georgetown – Dua lelaki apabila disaman selepas mengubah suai nombor pendaftaran kereta dan motosikal mereka dalam Op Selamat 11 Aidilfitri di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, semalam.

Dalam operasi empat jam bermula jam 10 malam, sepasukan 35 pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Trafik Bukit Aman dan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Trafik (BPJSPT) Daerah Timur Laut dan Barat Daya mengadakan sekatan jalan bagi mengesan kesalahan trafik dan jenayah, lapor Metro.

Komander Operasi Sub-Tek Zon Utara Superintendan Shahrum Hashim berkata, dalam operasi itu sebuah kereta mewah jenis GTR Nissan Skyline yang dipandu seorang lelaki berusia 20-an ditahan jam 12.15 tengah malam berhampiran sebuah hotel.

Menurutnya, pemandu kereta berkenaan dipercayai dalam perjalanan pulang bercuti di rumah keluarganya di Bayan Lepas dan pemeriksaan mendapati nombor plat tidak mengikut spesifikasi dibenarkan selain saiz nombor terlalu kecil.

“Lelaki terbabit memberi pelbagai alasan kononnya dalam proses menukar nombor plat sedangkan semakan mendapati dia sudah menggunakan kereta berkenaan melebihi satu tahun, selain turut terdapat enam saman tertunggak.

“Alasan yang diberikan lelaki itu juga tidak logik dan pihak polis kemudian mengeluarkan saman serta-merta,” katanya.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.