Ayat Pada 8 Helaian Al Quran Hilang

Johor Bahru – Pegawai Penerbitan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Abdul Latif Juffri, 52, menyifatkan kehilangan ayat pada lapan muka surat naskah Al quran milik abangnya sebagai isyarat dunia semakin tua dan petunjuk Allah SWT.

Abdul Latif berkata, lapan muka surat itu membabitkan empat surah dalam al-Quran berkenaan disedari ketika mereka 13 beradik beraya di rumah keluarga di Kampung Parit Ismail, Parit Yaa’ni, Batu Pahat, pada 25 Jun lalu.

“Kebetulan saya masih ingat potongan ayat pendinding terkandung dalam surah Yasin diajar guru, sebelum abang, Abd Manaf Juffri, 54, yang juga Guru Besar Sekolah Agama Seri Bengkal mendapatkan al-Quran untuk dijadikan rujukan.

“Bagaimanapun, ketika diselak helaian al-Quran itu didapati dua muka surat tidak bertulisan dan kosong, sebelum kejadian sama berlaku pada enam muka surat bagi tiga surah berlainan,” katanya berkongsi kejadian berkenaan menerusi laman sembang WhatsApp, seperti memetik Metro.

Abdul Latif yang berkhidmat di bahagian penerbitan sejak 1993 mengakui sudah beberapa kali melihat kejadian seperti itu, bahkan pengalaman itu adalah kali kedua dilalui abangnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.