Mahkamah Benar Lim Guan Eng Diikat Jamin RM1 Juta

PULAU PINANG – Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini membenarkan ikat jamin RM1 juta kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan seorang penjamin.

 

Ahli pernigaan Phang Li Khoon yang turut dituduh bersama Gaun Eng pula dikenakan jaminan RM200,000.

 

Mahkamah juga membenarkan Guan Eng menyimpan pasportnya, namun beliau perlu memaklumkan kepada mahkamah jika mahu ke luar negara.

 

Terdahulu,  Ketua Menteri Pulau Pinang itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas dua pertuduhan rasuah.

 

Beliau membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azmi Ariffin.

 

Pendakwaan dibuat di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

 

Azmi kemudiannya menetapkan Guan Eng diikat jamin RM1 juta atas kedua-dua pertuduhan sementara menunggu sebutan semula untuk pengurusan kes.

 

Di mahkamah sama, ahli perniagaan Phang Li Koon turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan bersubahat dengan Guan Eng di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

 

Dia kemudiannya diperintah diikat jamin sebanyak RM200,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula 22 September ini. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.