PNB Umum Agihan 3.45 Seunit Untuk ASN 2

KUALA LUMPUR – Permodalan Nasional Berhad (PNB), mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 3.45 sen seunit untuk Amanah Saham Nasional 2 (ASN 2) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2015.

 

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, kadar pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM44.15 juta, peningkatan 135.2 peratus berbanding RM18.77 juta yang dibayar tahun lalu.

 

Katanya, dengan mengambil kira pelaksanaan pecahan unit sebanyak seunit untuk seunit pegangan kepada pemegang unit ASN 2 pada 18 Julai 2014, kadar sebanyak 3.45 sen seunit yang berdasarkan kepada nilai par RM0.50 itu, adalah bersamaan dengan kadar 6.90 sen seunit pada nilai RM1.00 iaitu kadar yang diumumkan oleh ASN 2 tahun lalu.

 

Pengagihan pendapatan ini dijangka akan memberi manfaat kepada 19,557 pemegang unit yang melanggan 1.28 bilion unit ASN 2. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.