PM Mahu Anwar Diberi Rawatan Sewajarnya

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menyatakan bahawa beliau mengambil maklum mengenai perkembangan kesihatan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam penjara.

 

Katanya, beliau akan pastikan Anwar menerima rawatan sekiranya kesihatan Anwar terus-menerus merosot.

 

“Saya ambil maklum kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saya mahu pihak berkenaan mempastikan beliau menerima rawatan sewajarnya,” katanya menerusi laman sosial Facebook rasminya.

 

Terdahulu memetik kenyataan akhbar peguamnya, Sivarasa Rasiah dan Jared Genser berkata, tahap kesihatan Anwar kini semakin teruk dan amat membimbangkan.

 

Sivarasa dan Genser berkata, Anwar kehilangan 6 kilogram sejak penahanannya pada 10 Februari dan mengalami tekanan darah yang tidak menentu serta ada ketumbuhan 4 sentimeter di buah pinggang, otot bahu yang terkoyak dan artritis kronik.

 

Anwar kini ditempatkan di penjara Sungai Buloh, selepas dijatuhkan hukuman selama lima tahun selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Syaiful Bukhari Azlan. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.