PetroSaudi: Dakwaan Tun Mahathir Salah, 1MDB Jelaskan Berjaya Jana Hasil AS$2.32 Bilion Unit Dana

1Malaysia Development Bhd (1MDB) menolak tuduhan Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan sejumlah AS$1.9 bilion (RM7.2 bilion) hilang melalui usaha sama yang dibentuknya dengan PetroSaudi International.

 

Sebaliknya, syarikat tersebut mengatakan ia menerima AS$2.318 bilion unit dana selepas melabur AS$1.83 bilion tunai dengan syarikat perkhidmatan dan pengeluaran minyak itu, memperoleh hasil AS$488 juta.

 

“Susulan satu perjanjian usaha sama pada 2009, 1MDB melabur US$1.83 bilion tunai dalam nota murabaha yang dikeluarkan oleh JV Co, sebuah syarikat yang ketika itu 100% dimiliki Petrosaudi susulan penamatan usaha sama itu pada Mac 2010,” kata 1MDB dalam satu kenyataan hari ini.

 

“Pada Jun 2012, keseluruhan jumlah itu dibayar semula dengan cara penukaran kepada saham Petrosaudi Oil Services Limited bernilai AS$2.22 bilion.

 

“Kemudiannya pada September 2012, 1MDB menjual sahamnya dalam PetroSaudi Oil Services Limited dengan harga AS$2.318 bilion dan mendapat unit dana yang didaftar di Cayman. Dana ini dimiliki 1MDB menerusi anak syarikat miliknya 100%, Brazen Sky, dan disimpan di BSI Bank Singapura sebagai penjaga.

 

“Sejurus itu, 1MDB melabur sebanyak AS$1.83 bilion dengan Petrosaudi dalam nota murabaha dan menerima sepenuhnya AS$2.318 bilion unit dana, memperoleh sejumlah untung dari masa ke semasa sebanyak AS$488 juta,” katanya.

 

Dalam pada itu, 1MDB juga mengatakan nota murabahah itu dijamin PetroSaudi dan ia berprofil risiko lebih rendah berbanding ekuiti.

 

1MDB berkata walaupun ia mempunyai pilihan untuk menukar nota murabahah ke dalam ekuiti, mereka “melaksanakan dengan berhati-hati dengan mengurangkan ekuiti profil berisiko kepada hutang”.

 

Langkah sedemikian memmbolehkan 1MDB mendapat manfaat daripada kadar tetap pulangan atas kos modal, di samping mempunyai hak mengambil bahagian dalam pusingan ekuiti masa depan melalui opsyen pertukaran, katanya.

 

Semalam, Dr Mahathir meneruskan kritikan terhadap 1MDB dengan mengatakan tangkapan bekas pengarah PetroSaudi International tidak mengubah fakta yang 1MDB kerugian AS$1.9 bilion daripada kerjasama tersebut, di mana selepas 6 bulan ia tidak mendatangkan hasil dan dibatalkan.

 

Malah, Dr Mahathir berkata, kerajaan belum menjelaskan ke mana AS$1.9 bilion tersebut disimpan, sama ada di Pulau Cayman atau Singapura.

 

1MDB hari ini juga mempertahankan pembelian Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) yang didakwa Dr Mahathir dibeli pada harga tinggi.

 

“Nilai yang dibayar bagi aset yang diperolehi itu adalah berdasarkan nasihat bebas daripada penasihat kewangan, undang-undang, perakaunan, cukai dan teknikal. Di samping itu, 1MDB mengambil pandangan jangka panjang dan mempertimbang kesan sosial dan ekonominya ke atas negara ini dalam membuat penilaian yang terakhir.”

 

1MDB berkata mereka memperoleh aset tenaga yang pertama pada tahun 2012 dan membina pengeluar tenaga bebas kedua terbesar di Malaysia dalam tempoh tiga tahun.

 

1MDB berkata ia memperoleh aset tenaganya yang pertama pada tahun 2012, dan membangunkannya menjadi pengeluar tenaga bebas kedua terbesar di Malaysia dalam tempoh tiga tahun.

 

“Secara keseluruhannya, 1MDB berjaya menyatukan tiga syarikat bebas dengan 13 loji kuasa dan 5594MW kapasiti penjanaan bersih.

 

“Oleh, kami percaya nilai yang kami bayar – yang mungkin melibatkan premium dalam keadaan tertentu, sepertimana biasa apabila memperoleh perniagaan lain – adalah setimpal dengan potensi masa depan dan keseluruhan manfaatnya kepada negara.” – M.Insider

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.