Najib Sedia Terima Kritikan Membina

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menegaskan beliau tidak pernah segan untuk menerima kritikan jauh sekali menolak sebarang kritikan.

 

Namun, katanya, apa yang penting setiap kritikan yang dilemparkan mestilah sesuatu yang membina dan mampu memberi kebaikan.

 

“Kata (kritik) tidak betul tapi tak bagi tahu apa yang betul. Pertikai, kata kerajaan tiada hasil, kalau tiada hasil mana kerajaan dapat membina banyak universiti… bagaimana nak laksanakan pembangunan untuk negara?” katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama penuntut universiti awam, institusi pengajian tinggi swasta dan institut pendidikan guru, di sini, hari ini.

 

Majlis berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana itu dihadiri kira-kira 1,700 orang. Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut menyertai hadirin menunaikan solat Maghrib, solat Isyak dan solat Tarawih.

 

Perdana Menteri berkata, setiap sesuatu yang dilakukan oleh kerajaan bukan dibuat sesuka hati, sebaliknya ia telah difikirkan semasak-masaknya, termasuk manfaat dan faedah yang bakal dinikmati rakyat. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.