Foto: Pesawat Hercules Terhempas Dua Minit Selepas Berlepas

MEDAN – Sebuah pesawat Hercules milik Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (TNI) telah jatuh terhempas di perkampungan di Simalingkar, Medan, Sumatera Utara pada Selasa.

 

Tempat pesawat itu jatuh terhempas tidak jauh daripada Pangkalan Udara Soewondo atau dahulunya dikenali sebagai Lapangan Terbang Polonia Medan, lapor portal berita negara itu.

 

Pesawat itu berangkat pada jam 12.08 tengah hari waktu tempatan dari pangkalan udara berkenaan dan terhempas dua minit kemudian selepas melalui jarak lima kilometer.

 

“Pesawat berkenaan digunakan dalam urusan logistik TNI. Belum dipastikan berapakah jumlah mangsa. Selain juruterbang, pesawat itu turut membawa kru lain,” kata jurucakap tentera Fuad Basya.

 

Setakat ini  gambar mengenai kemalangan itu banyak disebarkan ke media sosial, termasuk yang menunjukkan fiuslaj pesawat yang masih terbakar dan menyelubungi kawasan sekitar dengan asap hitam. Beberapa bangunan di kawasan nahas juga musnah.

 

C-130 Indon Terhempas - 1

 

C-130 Indon Terhempas - 2

 

C-130 Indon Terhempas - 3

 

C-130 Indon Terhempas - 4

 

C-130 Indonesia Terhempas

 

 

 

Pihak berkuasa belum dapat mengetahui punca pesawat itu hilang kawalan lalu terhempas mahupun jumlah korban, namun usaha mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan.

 

Seorang saksi di tempat kejadian juga memberitahu dia melihat sendiri bagaimana pesawat itu jatuh menjunam lalu memusnahkan beberapa buah rumah di kampung tersebut. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.