Hina Level P Ramlee Paras Kaki : Sharnaaz Anggap Hanya Gurauan

Cucu kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Najua, 28, sudah lali dengan hinaan masyarakat terhadap datuknya termasuklah gurauan Sharnaaz Ahmad yang meletakkan taraf senimaan agung itu pada ‘paras kaki’.

Bercakap kepada mStar online, gadis yang menggunakan nama komersial sebagai Najua. P. Ramlee ini berkata dia sekeluarga menerima dengan hati terbuka status Sharnaaz itu kerana apa yang diperkatakan pelakon tersebut adalah pandangan peribadinya.

“Saya dan keluarga sudah tidak kisah dan lali dengan pandangan dan hinaan orang ramai tentang Allahyarham.

“Kalau nak diikutkan apa yang Sharnaaz cakap itu hanya sikit jika ingin dibandingkan tomahan orang lain yang lebih teruk daripada itu,” kata Anak kepada Allahhyarham Nassir P. Ramlee ini.

Najua diminta mengulas status terbaharu Sharnaaz Ahmad menerusi Instagram miliknya yang meletakkan P.Ramlee pada paras kaki jika hendak dibandingkan kehebatan seseorang bapa.

Dalam laporan yang sama, Sharnaaz pula berkata dia menganggap tindakannya itu bukan satu kesalahan sebaliknya hanyalah gurauan semata-mata.

Katanya, gurauan seperti itu seringkali dilakukannya dan ia tidak perlu diambil serius oleh mana-mana pihak.

“Saya tidak rasa itu salah dan ia hanya gurauan sahaja, lagi pula saya ingin memberitahu tentang kelebihan bapa saya berbanding P.Ramlee di sudut pandangan mata saya sebagai seorang anak”, katanya yang memuat naik status berkenaan bagi memuji bapanya, Basir Ahmad, 68, sempena hari lahir ayahnya itu.

 

Baca : Letakkan P.Ramlee Pada Paras Kaki Najua Komen Sharnaaz Ahmad

One thought on “Hina Level P Ramlee Paras Kaki : Sharnaaz Anggap Hanya Gurauan

  • July 3, 2014 at 6:53 am
    Permalink

    Aku nak ajak rakan2 di luar sana…kalau ada filem atau drama yg memaparkan pelakon ini…janganlah tengok dan janganlah tonton… pelakon ini tidak memberi apa-apa mesej yang baik pun kpd masyarakat…Bahkan, Allahyarham P Ramlee yang cukup disenangi dan disukai semua generasi negara ini dan luar negara senang-senang dikutuk dan dihina oleh pelakon yang bermasalah mental ini.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.