Berpuasa Didik Jonathan Putra Kawal Marah

Walaupun bukan beragama Islam namun setiap kali tiba bulan Ramadan, pelakon kacak Jonathan Putra, 32, juga tidak ketinggalan turut sama berpuasa.

Kongsi pelakon yang namanya mula menjadi sebutan menerusi drama ‘Ariana Rose’ ini, dia mula belajar berpuasa sejak menjejakkan ke sini pada tahun 2005.

“Saya berpuasa sebab sebagai tandahormat saya pada rakan-rakan saya yang beragama Islam. Sewaktu tahun pertama kali belajar berpuasa iaitu pada tahun 2005, saya berpuasa setengah hari pada setiap hari.

“Saya masih ingat lagi, minggu pertama berpuasa, setiap hari perut saya masuk angin. Tapi lama kelamaan saya okay. Tahun kedua baru lah saya beraya berpuasa penuh. Tahun ini saya mahu berpuasa penuh lagi”, kata Jonathan Putra kepada Malaysian Digest.com.

Tambah jejaka berdarah campuran Cina-India-Inggeris ini lagi, selain menahan lapar dan dahaga, seperkara yang dipelajari sewaktu berpuasa ialah dia dapat belajar mengawal kemarahannya.

“Sewaktu awal-awal saya biasakan diri berpuasa, memang saya rasa lapar sangat (gelak). Saya ni pula jenis yang kalau tak makan memang cepat nak marah orang. Pantang orang buat salah sikit, saya mesti nak marah.

“Tapi bila dalam keadaan berpuasa saya dapat kawal diri saya daripada cepat marah (gelak). Kalau saya rasa saya mula nak marah, saya akan senyap saja. Saya cuba banyak-banyakkan bersabar”,katanya.

Sementara itu Jonatahan juga berkata, dia gembira dengan ketibaan bulan Ramadan kerana dalam bulan ini saja adanya pelbagai bazaar Ramadan di merata tempat. Dan menu kegemarannya setiap kali ke bazaar ialah ayam percik dan murtabak.

Jonathan dilahirkan di England tetapi membesar di Amerika Syarikat. Hampir 10 tahun menetap di Malaysia, selain oleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik, katanya dia juga semakin sebati dengan budaya masyarakat di negara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.