Letak jawatan lepas kalah pemilihan bukan budaya PKR – Armada Bersatu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Armada Bersatu menegaskan walaupun tindakan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad letak jawatan Kabinet itu dilihat berprinsip tetapi kekecewaan terhadap PKR yang melampau juga adalah sebab utama keputusan itu dibuat.

Ketua Penerangan Armada Bersatu Harris Idaham Rashid mendakwa kekecohan dan polemik terbuka dalam pemilihan PKR membuktikan parti tersebut mempunyai kematangan yang rendah dalam melaksanakan proses demokrasi dalaman.

“Armada Bersatu ingin menegaskan bahawa kekecewaan Rafizi dan Nik Nazmi terhadap sistem pemilihan parti yang tidak telus menjadi sebab utama mereka meletakan jawatan sebagai Menteri.

“Mereka tidak berpuas hati kerana mereka ditakdirkan untuk kalah oleh sistem dan bukan pungutan suara perwakilan.

“Mengikuti kempen HIRUK yang diketuai oleh Rafizi, tema besar kempen tersebut adalah menimbulkan banyak persoalan berkenaan integriti sistem pemilihan tersebut khususnya pemilihan di peringkat cabang di mana fenomena “badan tanpa kepala” itu berlaku banyak cabang seluruh negara.

“Fenomena itu telah menunjukan Ketua Cabang yang cenderung kepada Rafizi telah kalah manakala untuk jawatan yang lain calon- calon yang sealiran dengan Calon Ketua Cabang yang kalah itu menang,” kata Harris dalam kenyataan media pada Jumaat.

Ujarnya, meletakan jawatan dalam kerajaan selepas tidak dipilih dalam pemilihan parti bukan budaya PKR.

“Sebagai bukti, pada pemilihan PKR 2018 Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin tewas dalam pertandingan Naib Presiden tetapi tetap meneruskan khidmat sebagai Timbalan Menteri Industri Utama.

“Begitu juga Fuziah Salleh dalam pemilihan yang sama tewas dalam pertanding Ketua Wanita Pusat tetapi masih berpeluk kepada jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam),” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat