Video: Jamal Beri Kenyataan Dari Ladang Kelapa Sawit

KUALA LUMPUR – Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos mendakwa menghilangkan diri kerana di layan seperti penjenayah.

Terbaru, beliau hanya mengirimkan klip rakaman kenyataan dari sebuah ladang kelapa sawit di sebuah lokasi yang dirahsiakan.

Beliau sebelum ini berkata akan tampil memberikan kenyataan di IPD Ampang petang tadi bagaimanapun gagal menghadirkan diri.

 

1BE58A17-3177-4CF9-8456-0E8D1C7C62DD

Berikut adalah kenyataan penuh Jamal berhubung kehilangan beliau:

Setelah beberapa orang peserta Baju Merah didakwa semula dimahkamah dan dikenakan jaminan, saya mula merasakan serta berkeyakinan bahawa ada usaha terancang oleh pihak-pihak tertentu yang berkuasa mengarahkan PDRM untuk mengenakan saya dalam apa jua keadaan walaupun pihak PDRM memberi jaminan bahawa saya cuma diperlukan untuk melengkapkan dokumentasi jaminan polis.

Saya bukan menolak perlaksanaan undang2 terhdp saya tp apabila ,nama saya disenarai hitam oleh Imegresen dan diletakan dalam pemerhatian polis sebagai org yg merbahaya sehingga mengikut maklumat saya akan ditahan dibawah akta yg tidak memungkinkan saya akan dilepas dgn jaminan.

Cara undang2 melayan saya seolah2 saya bukan seorg warganegara yg dijamin hak serta kepentingan mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Rumah saya diserbu,keluarga saya diburu ketakutan dan cara polis memburu saya seolah2 mrk ditekan oleh penguasa yg sdg berkuasa skrg ini dan saya dilihat seolah2 melakukan jenayah berat serta pengkhianatan pd negara yg saya cintai ini.

Saya ingin dijadikan mangsa terbaru oleh sang pendendam spt mana2 pemimpin lain walaupun saya menerima dgn hati terbuka serta berlapang dada kerajaan yg memerintah hari ini.

Kita berckp ttg Rule Of Law tapi dalam kes yg membabitkan saya ini,ada tangan2 ghaib yg mencanai sehingga saya ditangkap utk satu lagi tinfakan yg lebih keras.

Saya akan tampil di balai polis utk menyempurnakan dokumentasi jaminan saya namun saya berharap pihak polis memberikan sedikit masa kpd saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.