Restoran Raj’s Banana Diarah Tutup Selepas Viral Cuci Pinggan Guna Air Lopak

KUALA LUMPUR – Restoran Raj’s Banana Leaf di Bangsar yang menjadi tular selepas tersebar satu video pekerjanya mencuci pinggan dengan lopak air diarahkan tutup oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Jabatan Kesihatan DBKL menurut laporan agensi berita Bernama.

Raj’s Banana Leaf diarahkan tutup serta-merta ekoran video tular pekerjanya yang mencuci pinggan di kawasan lopak air luar premis itu.

Semalam, restoran itu dalam satu kenyataan dalam laman sosial Facebook memohon maaf atas perkara yang berlaku dan memberi alasan perbuatan itu dilakukan oleh pekerja baharunya.

“Perkara itu tidak pernah berlaku sebelum ini, restoran ini sentiasa mengambil berat soal kebersihan,” jelas kenyataan itu.

Sebagai tanda memohon maaf, restoran itu turut menyatakan akan mengadakan jamuan buka puasa percuma esok bermula 7.30 petang hingg 9 malam. – Kosmo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.