Chelsea Mangsa Mutu Pengadilan Berat Sebelah

PENGURUS Chelsea, Antonio Conte mendakwa The Blues mangsa keputusan berat sebelah ekoran kekalahan aksi akhir Piala FA kepada Arsenal.

Kekalahan 1-2 itu menyaksikan Blues kempunan meraih trofi berganda musim ini selepas bergelar juara Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bagi Conte, pengadil Anthony Taylor melakukan banyak kesilapan terutamanya apabila membenarkan gol pertama Alexis Sanchez.

“Arsenal bermula baik berbanding kami. Tapi keputusan pengadil minit keempat jadikan situasi lebih kontroversi.

“Pertama, bola terkena tangan Sanchez. Kedua Aaron Ramsey berada dalam keadaan ofsaid dan mengganggu permainan.

“Saya tidak faham kenapa pengadil tidak memberhentikan permainan.,” ujar Conte.

Mengulas lanjut, Conte akui pemainnya membazirkan banyak peluang terutama dibabak kedua dan layangan kad merah Victor Moses memburukkan lagi keadaan.-SInar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.